Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Kedah

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berusia 30-an melecur pada bahagian kaki dan tangan dalam kejadian kebakaran membabitkan 13 buah rumah di Kampung Keda Tanjung Dawai, Bedong dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi (PPON), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Azhar Mohamad berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 7.28 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi pada pukul 7.53 pagi.

“Seramai 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan digerakkan ke lokasi dengan dibantu BBP Guar Cempedak, BBP Sungai Petani serta pasukan bomba sukarela (PBS) berhampiran.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan 13 rumah, dan terdapat seorang lelaki berusia 30-an melecur pada kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang melecur telah dibawa ke hospital oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Api dapat dikawal pada pukul 8.12 pagi. Pos kawalan bomba (PKB) telah diaktifkan di Tanjung Dawai,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here