KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan barangan runcit berjumlah RM30,650 di sekatan jalan raya di Chabang Empat Salam, Kelantan, semalam.
Pasukan Gerakan AM (PGA) Briged Tenggara dalam kenyataan berkata, tangkapan dilakukan Pasukan Batalion 9 pada jam 9.30 pagi selepas menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai barangan runcit yang dipercayai diseludup dari Thailand dalam kereta suspek tanpa dokumen yang sah.
“Kesemua barangan runcit berkenaan dirampas termasuk kenderaan yang digunakan suspek,” jelasnya.
Kes disiasat dibawah Sek. 4(1) Akta Makanan 1983, dan barangan rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut.-MalaysiaGazette