Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap melalui runtuhan selepas serangan Israel di sebuah bangunan pentadbiran di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 2 Januari 2025. foto AFP

BRASILIA – Sebuah mahkamah di Brazil mengarahkan siasatan dilakukan terhadap seorang tentera Israel disyaki melakukan jenayah perang di Gaza.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan aduan difailkan sebuah pertubuhan hak asasi manusia, Hind Rajab Foundation (HRF) yang memperjuangkan ‘untuk menghapuskan kitaran pengecualian Israel daripada dihukum’

HRF mendakwa suspek yang kini berada di Brazil sebagai pelancong terlibat dalam meruntuhkan rumah orang awam di Gaza yang merupakan sebahagian daripada kempen genosid Israel.

“Individu ini secara aktif menyumbang kepada kemusnahan rumah-rumah dan kehidupan,” kata peguan HRF, Maira Pinheiro merujuk kepada bukti menerusi rakaman video dan gambar yang mengaitkan suspek dengan jenayah itu.

Organisasi tersebut menggesa suspek ditahan serta merta dengan memberi alasan kekhuatiran terhadap risiko menghilangkan diri dan kemungkinan mengusik bahan bukti.

Mahkamah tersebut menyatakan peruntukan Prosedur Jenayah Brazil menekankan keperluan segera penyiasatan dilakukan.

Keputusan tersebut mencatatkan sejarah permohonan Statut Rom oleh Brazil yang menggariskan kominmen negara itu kepada keadilan antarabangsa.

“Ini merupakan saat-saat bersejarah. Ia menjadi perintis kepada mereka untuk dipertanggungjawabkan terhadap jenayah perang,” kata Pengerusia HRF, Dyab Abou Jahjah.

Sebelum ini tentera Israel yang melakukan pencerobohan di Gaza diberi peringatan terhadap melakukan hantaran gambar-gambar di kawasan pertempuran secara dalam talian berikutan terdapat potensi didakwa di luar negara, menurut laporan Press TV pada Disember lalu.

Laporan tersebut disiarkan beberapa bulan selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Keselamatan, Yoav Gallant atas pertuduhan ‘jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang’.

Terdapat tentera Israel yang terlibat dalam genosid di Gaza memuat naik dokumen di laman media sosial mengeai serangan di Jalur Gaza di laman media sosial dan berbangga mengenai jenayah yang dilakukan itu.

Pertubuhan itu menekankan bahawa ‘mimpi ngeri sebenarnya bukan percutian (suspek) rosak, ia adalah jenayah genosid yang dilakukan’.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here