Dr. Asmadi Abdul Rahman

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyalurkan bantuan sebanyak RM650,000 kepada guru pondok dan madrasah yang berdaftar di negeri ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, seramai 650 guru yang berkhidmat di 134 pondok dan madrasah berdaftar akan menerima bantuan berkenaan pada hujung Januari nanti.

”Ini sebagai usaha mengiktiraf dedikasi pihak pengurusan pondok dan madrasah yang sentiasa mematuhi garis panduan MUIP, termasuk pelaksanaan modul standard dan memastikan pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini kali pertama MUIP memberikan bantuan khas kepada guru-guru ini sebagai tanda penghargaan atas usaha murni pondok dan madrasah dalam memastikan aqidah pelajar dan umat Islam di Pahang terus terpelihara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain bantuan khas ini, ujarnya MUIP melakukan pelbagai inisiatif sokongan lain untuk pondok dan madrasah di negeri ini.

Ia termasuk termasuk dermasiswa pondok, bantuan bencana, serta sokongan kepada program-program bersifat sekali bayar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here