Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional, Roslan Abdullah (tengah kanan) bersama-sama dengan Pengarah Cahaya Technology, Yap Kim Poh (tengah kiri) memotong riben dihadapan pintu masuk sebagai gimik perasmiaan ketika Majlis pelancaran 'The Proton EMAS' oleh Cahaya Technology Showroom di Segambut, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 5 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Proton Holdings (Proton) telah menerima lebih 2,600 tempahan bagi model kereta elektrik (EV), e.MAS 7, sejak pelancarannya pada 16 Disember tahun lalu.

ituTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Abdullah berkata, angka itu melebihi jangkaan awal dan ia secara tidak langsung menunjukkan keyakinan pelanggan terhadap syarikat  di dalam segmen EV.

“Kami melihat permintaan yang tinggi terhadap model EV terbaharu ini.

“Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengguna Malaysia semakin bersedia untuk beralih kepada teknologi hijau,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Pusat Proton e.Mas Segambut, Proton One-Stop Hub pertama, di sini, hari ini.

Menurut Roslan, setakat ini Proton tidak meletakkan sasaran jualan bagi model terbaru itu namun beliau memberi jaminan akan berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja model berkenaan mencapai tahap penerimaan tertentu.

“Pusat ini juga menggunakan konsep perkongsian di antara e.MAS dan Proton Edar yang kedua-keduanya berada di bangunan sama tetapi mempunyai pengurusan berbeza bergantung kepada keperluan pelanggan masing-masing.

“e.Mas akan memberi fokus penuh kepada EV kerana kami memerlukan seorang pakar produk yang boleh menerangkan segala aspek mengenai EV, terutama kerana masih terdapat banyak salah faham mengenai jarak pemanduan dan prestasi bateri,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Cahaya Technology Sdn Bhd, Yap Yu Hoe.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cahaya Technology Sdn Bhd., Yap Yu Hoe berkata, pusat ini direka untuk menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pengguna, selaras dengan matlamat Proton untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Kami menyeru orang ramai untuk mengunjungi pusat ini bagi merasa sendiri pelbagai kemudahan yang ditawarkan.

“Kerjasama strategik di antara Cahaya Technology dan Proton ini diyakini dapat menyokong sasaran pertumbuhan kedua-dua syarikat dan Proton Cahaya Technology dalam jangka masa panjang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here