Kredit: Facebook JOHOR Southern Tigers

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, dijemput menjadi tetamu khas Presiden Paris Saint-Germain FC (PSG) Nasser Al-Khelaifi bagi menyaksikan sesi latihan kelab bola sepak Perancis itu di Stadium 974 di Doha, Qatar semalam.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran dan beberapa keping foto yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Mahkota Ismail yang mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengadakan perbincangan di antara pengurusan tertinggi kedua-dua kelab mengenai perkongsian dalam aspek penjenamaan, infrastruktur dan pembangunan akar umbi.

Selain bertemu dengan para pemain PSG, baginda turut dijemput untuk menyaksikan perlawanan Trofi Juara-Juara antara PSG menentang AS Monaco di Doha, malam ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here