KUANTAN – Pahang mencatatkan peningkatan pencapaian sebanyak 174.9 peratus dengan hasil negeri daripada RM434.3 juta pada 2018 kepada sasaran RM1.194 bilion tahun 2025.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian membanggakan itu berdasarkan unjuran prestasi hasil negeri yang dikeluarkan bagi tempoh 2018 hingga 2025.

“Peningkatan ini adalah bukti bahawa strategi yang kita laksanakan, termasuk dalam sektor ekonomi, pengurusan sumber dan pembangunan berteraskan kemampanan memberikan hasil yang signifikan.

“Ia juga mencerminkan komitmen semua pihak daripada kepimpinan negeri, penjawat awam, sektor swasta serta rakyat Pahang untuk memastikan negeri ini terus berkembang maju dan sejahtera,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berharap usaha itu diteruskan dengan penuh iltizam dan kesungguhan agar Pahang terus menjadi negeri yang makmur, stabil dan berdaya saing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here