Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, 6 Januari, 2025. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama delegasinya, petang tadi.

Perdana Menteri dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan, antara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah mengenai peranan entiti itu sebagai syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) dalam membantu membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

“Komitmen KWSP dalam melindungi simpanan akan memastikan pesara dan bakal pesara yang mencarum dapat mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menikmati persaraan yang selesa,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here