Oplus_131072

MUAR – Dua wanita antara tiga ditahan bersama-sama seorang lelaki selepas tidak sampai 24 jamĀ  melakukan pecah rumah di Taman Temiang Utama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, sebelum itu laporan berhubung kejadian diterima pada pukul 12.15 tengah hari dan video kejadian terbabit tular dalam media sosial.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di laluan Bypass Jalan Kim Lee di sini, pada pukul 12.07 pagi tadi.

“Sebuah kereta Vios berwarna putih ditinggalkan di tepi jalan dan ketiga-tiga suspek berjaya ditangkap di belukar berhampiran dengan bantuan unit K9 dan URB.

“Polis percaya dengan tangkapan ini telah berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah masuk yang dilaporkan berlaku di daerah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, usaha mengesan suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

Kes tersebut katanya, disiasat mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan, Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1957.

Sebelum itu tular video berdurasi dua minit 24 saat memaparkan beberapa individu memecah masuk sebuah rumah dan mengambil barang-barang termasuk dalam almari kasut.- MalaysiaGazette

Caption gambar: Tangkak layar video yang tular memaparkan dua suspek memecah masuk sebuah rumah di Taman Temiang Utama, Muar, semalam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here