PAPARAN laman sosial media Facebook milik Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – “Syukur Alhamdulillah. Hari ini, kita melangkah satu langkah ke depan lagi.”

Demikian hantaran terbaharu di laman sosial rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Hantaran itu dimuat naik sebaik sahaja Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini membenarkan Najib mencabar titah adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.

Panel yang bersidang membenarkan rayuan bekas Perdana Menteri itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dalam usaha mengesahkan kewujudan titah berkenaan.

Keputusan majoriti itu dicapai oleh Datuk Azhahari Kamal Ramli bersama-sama Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril manakala Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel bersidang mencapai keputusan menentang.

Panel itu kemudian mengarahkan semakan kehakiman dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pengurusan kes pada 13 Januari ini dan didengar di hadapan hakim berlainan.

Dalam pada itu, hantaran oleh pengendali laman sosial Facebook Najib berkenaan setakat ini sudah mendapat lebih 16,000 tanda suka, kira-kira 2,000 komen serta dikongsi seramai 360 pengguna Facebook lain.

Majoriti yang meninggalkan komen melahirkan rasa syukur dengan keputusan Mahakamah Rayuan itu serta mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri berkenaan.

“Syukur alhamdulilah semoga semuanya dipermudahkan semoga DSNR dpt di bebaskan dgn segera kembali ke rumah bersama keluarga tersayang…,” demikian komen seorang pengguna Facebook yang mengguna nama Wan Mohd Irawan Zaini.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Wan Nhr menulis: “ALHAMDULILLAH..Berkat Doa dari rakyat yang menyayangi dan sentiasa mengingati JASA dan Kebaikan yang DS berikan untuk kami semua….

Semoga terus dipermudahkan ALLAH AAMIIN YRA..” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kalau adendum wujud, Najib harus dibebaskan & dikenakan hukuman tahanan rumah. Seandainya Najib kalah kes 1MDB pula dan dipenjarakan. Adakah dia kena masuk balik ke penjara? Ataupun kisah keluar masuk penjara ini tidak akan berhenti?

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here