PUTRAJAYA – Himpunan di Istana Kehakiman hari ini bertujuan untuk mempertahankan kuasa dan prerogatif institusi Yang di-Pertuan Agong daripada manipulasi dan ketidaktelusan.
Pada masa sama, Dewan Pemuda Pas menegaskan, himpunan itu juga bagi menyokong semua usaha sah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan keadilan di bawah undang-undang mengikut kuasa dan prerogatif yang sama.
“Apa pun keputusan yang diputuskan mahkamah, para peserta himpunan akan menerima dengan berlapang dada,” kata kenyataan Dewa Pemuda Pas menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, orang ramai yang juga penyokong Najib mula berkumpul di pekarangan Istana Kehakiman di sini sejak awal pagi bagi menantikan kehadiran bekas Perdana Menteri keenam itu. – MalaysiaGazette