Bangunan Bursa Malaysia Berhad di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Jualan bersih oleh pelabur asing telah berlanjutan ke minggu ke-11 berturut-turut, mencatatkan rekod terpanjang tahun lepas.

MIDF Research berkata, pelabur asing melakukan jualan bersih RM427.1j juta minggu lepas, jualan bersih sepanjang separuh minggu tidak termasuk Isnin dan Selasa dalam minggu dagangan yang pendek kerana cuti Tahun Baharu pada hari Rabu.

Aliran keluar bersih yang paling ketara dicatatkan pada hari Jumaat iaitu sebanyak RM423.8 juta, diikuti oleh Khamis (RM55.8 juta).

Manakala aliran masuk direkodkan pada kedua-dua hari Isnin dan Selasa masing-masing RM0.57 juta dan RM11.2 juta.

Firma penyelidikan itu berkata, sektor yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah hartanah (RM115.7 juta), utiliti (RM36.8 juta), dan Produk & perkhidmatan pengguna (RM29.0 juta).

Sementara itu, tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah pembinaan (RM89.3 juta), perkhidmatan kewangan (RM45.8 juta), dan perladangan (RM45.5 juta).

Sebaliknya, pelabur institusi terus menyokong bursa tempatan untuk minggu ke-11 berturut-turut, dengan pembelian bersih berjumlah RM304.0 juta dalam ekuiti domestik.

Pelabur ini membeli setiap hari minggu lepas dan telah melakukan belian bersih selama 31 hari dagangan berturut-turut.

Sementara itu, pelabur runcit tempatan kekal sebagai penjual bersih ekuiti domestik, merekodkan jualan bersih RM256.9 juta, melanjutkan rentetan jualan bersihnya kepada dua minggu.

Purata volum dagangan harian (ADTV) menyaksikan kecenderungan pada minggu lepas.

Pelabur asing menyaksikan peningkatan sebanyak +37.5% manakala peruncit tempatan dan institusi tempatan menyaksikan peningkatan masing-masing sebanyak +7.8% dan +13.2%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here