Anggota bomba memadam kebakaran dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Besar Pasir Penambang, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA LUMPUR – Empat mangsa cedera dengan tiga lagi terselamat termasuk kanak-kanak dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Besar Pasir Penambang, Kuala Selangor, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.19 petang.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah lori tangki membawa minyak sawit, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dan Proton Saga.

“Sebaik anggota tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah lori tangki yang terbakar 80 peratus, manakala masing-masing Toyota Alphard dan Proton Saga pula 20 dan 90 peratus.

“Pemeriksaan lanjut, pemandu lori berusia 37 tahun mengalami cedera di bahagian kepala dan leher, manakala pemandu Proton Saga, 68 tahun cedera di kepala serta tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Dua lagi mangsa mengalami cedera ringan melibatkan pemandu dan penumpang Toyota Alphard berusia 32 serta 70 tahun manakala tiga lagi tidak cedera dalam kenderaan sama iaitu wanita berusia 35 tahun, kanak-kanak perempuan lima tahun serta kanak-kanak lelaki tiga tahun,” ujarnya.

Terdahulu, operasi kebakaran itu melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here