Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh (tengah) hadir pada pendengaran rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 6 JANUARI 2025.

PUTRAJAYA – Keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak mencabar titah adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah merupakan satu petanda positif.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, keputusan mahkamah itu sekali gus menepis sifat dengar cakap ataupun “hearsay” yang tidak diterima pakai oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas berpendapat empat afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan Najib termasuk oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat dengar cakap atau khabar angin.

Pada 3 Julai 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden termasuk kerajaan bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.

“Alhamdulillah bagi saya ini satu kemenangan yang pertama dan banyak lagi, jauh lagi, perjalanan kita.

“…dan hari ini pun Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Pahang mengeluarkan satu titah yang telah mengesahkan bahawa titah adendum itu wujud.

“Ini memberikan satu petanda positif. Alhamdulillah Tuanku Sultan Pahang sendiri telah mengesahkan ia (titah adendum) benar-benar wujud,” katanya ketika ditemui di Lobi Istana Kehakiman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Akmal berkata, afidavit yang difailkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan anak sulung Najib, Datuk Muhammad Nizar adalah sah dan sahih.

Beliau seterusnya menggesa orang ramai khususnya penyokong bekas perdana menteri itu untuk menunggu keputusan mahkamah yang selanjutnya.

“Insya Allah sudah tentu (peluang positif) kerana ini hak yang telah diberikan kepada Datuk Seri Najib tidak boleh dinafikan.

“Jadi, saya percaya mahkamah akan buat keputusan sebaik mungkin…Insya Allah,” ujarnya.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 membenarkan Najib mencabar titah adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.

Panel bersidang membenarkan rayuan bekas Perdana Menteri untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dalam usaha mengesahkan kewujudan titah berkenaan.

Keputusan majoriti dicapai oleh Datuk Azhahari Kamal Ramli bersama-sama Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril manakala Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel bersidang mencapai keputusan menentang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. mqcqm mana bentuk tahanan di rumah itu . adakah di rumah YB Najib akan di bina penjara kecil yang di tunggu seorang warden . atau nama saja tahanan tapi bebas kemana saja . kalau itu lah hal nya lebih baik lah bebas terus . tak ada lagi kos duit kerajaan untok menguruskan tahanan itu .

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here