Pihak bomba mengangkat mayat seorang warga emas di depan Jeti Jabatan Laut Muar, bandar Muar, hari ini.

MUAR – Mayat seorang warga emas ditemukan terapung dalam Sungai Muar selepas hilang dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Fettry Mahat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.04 pagi.

“Berikutan itu seramai sembilan anggota dibantu sebuah jentera fire rescue tender (FRT), dua unit bermotor bomba (Rapid) dan sebuah bot dikejarkan ke tempat kejadian.

“Warga emas tersebut, Chua Hua Seng@Chua Ah Chung yang berusia 76 tahun ditemui di hadapan jeti Jabatan Laut dan disahkan sudah meninggal dunia.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya satu dalam kenyataan.

Katanya, mayat berjaya ditemukan selepas pihak bomba membuat teknik pencarian dengan kaedah water surfing di sekitar tempat warga emas tersebut terjun.

Tambah beliau, operasi menyelamat mangsa selesai pada pukul 6.09 pagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here