Seorang pemuda maut selepas van dipandunya melanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Nakhoda 1, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemuda maut selepas van dipandunya melanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Nakhoda 1, Taman Ungku Tun Aminah di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penguasa Bomba Kanan I Kamarulzaman Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 8.57 pagi.

Susulan itu katanya, seramai tujuh anggota dibantu sebuah jentera fire rescue tender (FRT) dan satu compact fire rescue tender (CFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan van jenis Toyota dipandu mangsa dengan sebuah kereta Honda City dipandu seorang lelaki.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa, Tee Tiam Soon berusia 32 tahun yang tidak tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindkan lanjut. Pemandu kereta tersebut yang berusia 44 tahun terselamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi tersebut tamat pada pukul 10.10 pagi.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here