Raiz Mukhliz Azman Aziz

MUAR – Seorang pesara rugi RM134,000 selepas diperdaya scammer yang menyamar sebagai ejen insuran mendakwanya membuat tuntutan insuran palsu di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada November lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, semuanya bermula apabila mangsa iaitu seorang wanita berusia 63 tahun itu menerima panggilan daripada individu tidak dikenali.

“Individu berkenaan mengaku seorang ejen insurans dan mendakwa mangsa terlibat dalam tiga tuntutan palsu di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4 November lalu.

“Panggilan tersebut kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pendakwaraya yang memaklumkan bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadap warga emas terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa yang ketakutan itu telah memindahkan semua wang simpanannya ke dalam lima akaun bank yang diberikan suspek.

Kononnya ia untuk tujuan bayaran ikat jamin dan audit oleh pihak Bank Negara.

“Transaksi tersebut dilakukan sebanyak 16 kali berjumlah RM134,800 dan sumber wang berkenaan adalah simpanan mangsa sendiri,” ujarnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati terutama dalam urusan melibatkan transaksi pembayaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here