Anggota Unit Dron PDRM mula memasang dron untuk membuat pemantauan dari udara pergerakan peserta Himpunan Solidariti Najib Razak di Istana Kehakiman Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 JANUARI 2025

PUTRAJAYA – Polis akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata, beberapa individu turut akan dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Dianggarkan lebih 1,200 peserta hadir dan situasi terkawal serta tiada sebarang provokasi,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan  solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah.

Hari ini, Mahkamah Rayuan dalam majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai kewujudan Titah Adendum Diraja yang akan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah, kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan mengenai meritnya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here