Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bersama pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain tiba bagi mendengar keputusan rayuan Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 06 JANUARI 2025

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan sebentar tadi mendengar permohonan peguam Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak tiga Ahli Parlimen dalam rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencabar kewujudan titah adendum.

Takiyuddin memaklumkan, beliau mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee.

Ujar beliau, isu berkaitan titah adendum dibangkitkan secara serius dalam Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024.

“Ketika Sesi Soal Jawab mengenai titah adendum, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkata beliau tidak boleh menjelaskan isu ini di Parlimen atas alasan subjudis.

“Cadangan yang kami faham daripada kerajaan ialah agar kami datang (ke mahkamah) untuk memahami isu ini, kami memohon untuk menjadi pemerhati dalam prosiding ini,” katanya.

Prosiding itu didengar di hadapan panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama-sama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril.

Najib merayu mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman dalam usaha memaksa kerajaan dan enam yang lain mengesahkan kewujudan titah berkenaan yang didakwa diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16. – MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here