Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Muhammad Nizar Najib bertemu dengan penyokong yang hadir untuk mendengar keputusan rayuan Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 06 JANUARI 2025

PUTRAJAYA – Surat yang dikeluarkan oleh Majlis Kesultanan Pahang berkenaan titah adendum berkaitan penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan ‘sudah terang lagi bersuluh’.

Anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar memaklumkan, beliau dihubungi oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman.Istana Pahang pada 4 Januari lalu, jam 10.40 malam.

“Datuk Pengelola  Bijaya Ahmad Khirrizal memberitahu tuanku bertitah berkenaan mengeluar satu surat.

“Surat tersebut menyatakan terang lagi bersuluh bahawasanya titah adendum itu wujud. Tiada mana-mana pihak boleh sangkal atau menafikan kerana surat itu ada letter head pejabat Istana Pahang.

Sudah terang lagi bersuluh, tiada lagi didustakan.

“Terima kasih atas sokongan, mudah-mudahan ada harapan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Istana Kehakiman hari ini.

Sepucuk surat yang mengesahkan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan supaya Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi penahanan di rumah tular di media sosial hari ini.

Surat daripada Majis Kesultanan Pahang bertarikh 4 Januari lalu itu ditujukan kepada  Mohamad Nizar dan ditandangani Ahmad Khirrizal.

Berdasarkan kandungan surat itu, Al-Sultan Abdullah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah menitahkan supaya Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam rumah (house arrest) melalui titah adendum bertarih 29 Januari 2024. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here