Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunjukkan bukti yang dirinya pernah menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, semasa Anwar di dalam UMNO tidak ada usaha daripadanya menolak DEB.

“Kata PMX (Anwar) sejak dari ABIM lagi dia tentang DEB. Tunjuk bukti. Apabila PMX menyertai UMNO tidak ada usaha olehnya tolak DEB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Mahathir, sebagai ahli dan pemimpin UMNO pada masa itu, Anwar terima DEB.

“Kalau tolak DEB keluarlah dari UMNO dan sertai DAP. Tidak pula.
Tanpa perkauman UMNO PMX tidak akan dapat tempat.

“Tanpa UMNO hari ini Anwar tidak akan jadi PMX. Tafsir sebenar ialah menipu kaum untuk mendapat tempat. Tahniah kerana berjaya menipu. Teruskan.Kami tahu awak menipu.

“Kata lain buat lain. Janji lain belum jadi PM. Tunai lain apabila jadi PM,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga mengkritik kenyataan Anwar mengenai tiadanya pemprofilan kaum dalam pemberian peruntukan.

“Tetapi peruntukan RM130 juta diberi kepada kaum India. Kenapa kaum India jika kaum tidak boleh dilayan.

“Sepatutnya beri sahaja kepada semua kaum. Jika tidak terdapat kepada kaum India tidak mengapa,” katanya.

Menurut beliau, jika kebanyakan pergi kepada bukan India tidak mengapa kerana tidak ada perbezaan kaum.

“Terdapat kepada kaum lain secara kebetulan samalah dengan terdapat kepada kaum India,” sindirnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here