Gambar Hiasan

TANGKAK – Seorang warga emas terkedu selepas diperdaya tawaran pelaburan tidak wujud dengan menjanjikan keuntungan yang lumayan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 60 tahun mendakwa ditipu, Khamis lalu.

“Semuanya bermula apabila melihat satu iklan dalam satu Facebook yang menawarkan pelaburan menjanjikan keuntungan yang lumayan.

“Mangsa kemudian membuat 14 transaksi ke dalam lima akaun bank yang disyaki mule accout semunya berjumlah RM399,909,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa kemudian menyedari ditipu apabila tidak memperoleh pulangan yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis di sini.

Kes disiasat bawah Sekysn 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, disebat dan didenda.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dengan cara mudah dan segera.

Orang ramai dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu atas mana-mana pelaburan sebagai langkah berhati-hati bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga dinasihatkan agar sentiasa maklumat terkini berkaitan scam melalui laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersil seperti Facebook, Instagram da TikTok,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here