Cleylton Santos. Foto media sosial Persis Solo.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Cleylton Santos kini sudah memiliki majikan baharu selepas empat hari diumumkan berpisah dengan skuad Kenari.

Tonggak pertahanan tengah berusia 31 tahun itu diumumkan sebagai pemain baharu kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo di sini.

Santos bakal bergabung dengan bekas pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee yang menyertai skuad Laskar Sambernyawa pada November lalu.

“Persis secara rasmi memperkuat bahagian pertahanan dengan membawa masuk pemain import, Cleylton Santos dari kelab liga tertinggi bola sepak Malaysia, Kedah Darul Aman.

Menerusi kenyataan sama, Santos mengakui sangat teruja dan bermotivasi tinggi apabila mendapat peluang menyertai kelab berkenaan.

Menganggap liga di Indonesia memiliki saingan yang kompetitif, Santos juga mahu membuktikan kemampuannya bersama skuad kendalian Kim Swee.

“Memilih bergabung dengan Persis bukanlah pilihan yang sukar kerana saya tahu betapa besarnya Persis Solo di Indonesia.

“Semua pemain hebat ingin bermain di liga yang kompetitif. Sekarang, saya datang ke sini dan saya boleh melihat lebih dekat.

“Saya mendapat peluang bermain di Liga 1, bagi saya ia sangat bagus dan saya boleh menunjukkan kemampuan terbaik di sini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here