Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiring keluar pegawai penjara selepas selesai perbicaraan mengenai kes 1MDB di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 07 JANUARI 2025

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak sempat berseloroh di Mahkamah Tinggi hari ini dengan menyatakan beliau boleh mengajar kursus undang-undang selepas berhadapan dengan kes jenayah dan sivil sejak enam tahun lalu.

Meskipun tidak mengesyorkannya kepada mana-mana pihak, bekas Perdana Menteri itu berkata, pengalaman yang diperoleh sejak 2018 melebihi pendidikan di universiti.

“Ketika ini, saya rasa saya boleh ajar kursus bukan sahaja mengenai undang-undang jenayah, tetapi juga undang-undang sivil dan juga penyalahgunaan undang-undang percukaian.

“Ini pengalaman pembelajaran yang intensif dan praktikal, walaupun saya tidak akan mengesyorkannya kepada sesiapa,” ujar beliau pada prosiding di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Sejak 2018, Najib berdepan pelbagai kes mahkamah melibatkan pertuduhan jenayah yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.

Najib juga mempunyai kes sivil melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memaksa beliau membayar tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion.

Najib sedang membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Prosiding yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Istana Kehakiman di sini, bersambung esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here