Wendy (dua dari kanan) mengadakan pertemuan dengan Asri di Kota Bharu semalam.

KUALA LUMPUR – Gerakan memohon Kelantan mempertimbangkan kaedah pelaksanaan isu pemperolehan sijil halal di negeri berkenaan.

Dalam perjumpaan Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Wendy Subramaniam dengan Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Mohd Asri Mat Daud di pejabatnya di Kota Bharu, KelantanĀ  hari ini – pihaknya menyatakan pandangan agar kaedah pelaksanaan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) diteliti semula oleh kerajaan negeri.

Perjumpaan itu turut membincangkan cadangan Gerakan dalam pelaksanaan syarat memiliki sijil halal yang dikuatkuasa di peringkat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

“Ia termasuk meminta PBT tidak tergesa-gesa dengan tindakan pelaksanaan dan sebaliknya membawa semula kegusaran dan pandangan orang ramai ke meja rundingan,” kata Wendy dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya juga telah menekankan agar ada klausa penangguhan kepada peniaga dalam mendapatkan SPHM bagi tujuan persediaan yang lebih baik.

Parti komponen Perikatan Nasional itu turut mencadangkan pengenalan skop kategori bagi jenis perniagaan bermaksud jenis peniagaan mempunyai klasifikasi halal tertentu dan bayaran perunding atau penyediaan premis akan berubah mengikut klasifikasi tersebut dan tidak membebankan pengusaha dengan blanket policy.

Wendy yang juga Ketua Penerangan Gerakan itu berkata, adalah mustahak bagi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan memperluaskan dialog bersama pihak berkepentingan dalam mencapai konsensus dan pelaksanaan yang lebih inklusif.

Dalam pada itu, Mohd Asri pula memberi jaminanĀ  cadangan konstruktif yang dibawa oleh delegasi Gerakan yang turut dihadiri pimpinan pusat Lee Boon Shian dan wakil Gerakan Kelantan, Ong Khang Woon akan dibawa kepada perhatian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Asri juga menyatakan keprihatinan setiap pendekatan kerajaan negeri berpaksikan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here