Presiden Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramiah

KUALA LUMPUR – Pihak berwajib perlu segera tampil memberi penjelasan berkaitan dakwaan titah Adendum yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghabiskan hukuman penjara sebagai tahanan rumah.

Menurut Presiden Parti Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramaih, pendedahan tentang kebenaran titah itu wujud dan bukan sekadar ‘hearsay’ sebelum ini.

Kata beliau, ini juga merupakan satu ‘pengkianatan’ dan boleh mencemarkan integriti pengambilan negara jika tidak diberikan penjelasan yang telus.

“Jika benar titah ini sudah disorokkan selama setahun ini, ianya satu tindakan pengkhianatan besar terhadap titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan penghinaan kepada Institusi Diraja serta Perlembagaan negara.

“Jika benar dakwaan ini, tindakan biadab ini jelas mencabar kedaulatan undang-undang dan mengkhianati kepercayaan rakyat. Institusi diraja adalah simbol kedaulatan negara, dan sebarang cubaan mempermainkan titah YDPA adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam usaha menyembunyikan adendum tersebut didedahkan, disiasat dan dihukum.

Jelasnya, kedaulatan undang-undang dan integriti institusi pemerintahan negara tidak boleh dikorbankan demi kepentingan pihak tertentu.

“Malaysia tidak boleh dibiarkan menjadi medan korupsi kuasa yang mencemar keadilan. Seluruh rakyat perlu bersatu untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang, menghormati Institusi Diraja, dan memastikan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dengan hukuman paling berat,” ujarnya.

Semalam peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan mengapa titah adendum anak guamnya disembunyikan.

Muhammad Shafee mendakwa, kewujudan titah adendum terhadap Najib dengan sengaja telah disembunyikan oleh pihak tertentu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here