Home Nasional Lelaki Pakistan didakwa rempuh mati penunggang motosikal di lampu isyarat

Lelaki Pakistan didakwa rempuh mati penunggang motosikal di lampu isyarat

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Pakistan telah didakwa atas pertuduhan merempuh penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Azalea 1/1 Sungai Choh, di Serendah, Selangor pada 2 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pendakwaan dibuat di Mahkamah Majistrest Kuala Kubu Bharu, hari ini.

“Suspek warga Pakistan berusia 50 tahun itu dituduh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, suspek yang merempuh mati penunggang motosikal dekat lampu isyarat Jalan Azalea 1/1 Sungai Choh pada 2 Januari, direman empat hari.

Ahmad Faizal dilaporkan berkata, pemandu kereta Proton Wira itu telah ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam itu, mangsa berusia 48 tahun meneruskan perjalanan selepas lampu isyarat bertukar hijau tercampak ke tepi jalan selepas dirempuh kereta.

Katanya, ketika kejadian lelaki warga asing itu dalam perjalanan pulang ke Bukit Rawang Jaya selepas bertemu dengan rakannya di kilang Perodua.

Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan manakala pemandu kereta tu tidak mengalami kecederaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here