Kereta melepasi papan tanda yang menunjukkan penetapan harga di George Washington Bridge yang berkuat kuasa di New York City pada 5 Januari 2024. Foto AFP

WASHINGTON – Pemandu di New York City terpaksa membayar sebanyak AS$9 untuk memasuki Manhattan dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Bayaran itu adalah yang pertama dikenakan di daerah paling sesak di Amerika Syarikat (AS) dikuatkuasakan pada hari Ahad.

New York mengenakan caj AS$9 ke atas kenderaan penumpang pada waktu siang di Manhattan di selatan 60th Street.

Trak dan bas pula membayar sehingga AS$21.60.

Tetapi caj tersebut dikurangkan sebanyak 75 peratus pada waktu malam.

Namun, hanya sekali caj yang dikenakan kepada kereta persendirian melalui pembaca plat lesen elektronik tanpa mengira berapa banyak perjalanan yang mereka lakukan.

Teksi pula dikenakan bayaran AS$0.75 setiap perjalanan dan kenderaan kongsi perjalanan yang ditempah oleh aplikasi seperti Uber dan Lyft akan membayar AS$1.50 setiap perjalanan.

Walaupun New York adalah bandar pertama di Amerika Syarikat ang mengenakan tol sedemikian tetapi London melaksanakannya pada tahun 2003.

Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan New York berkata, program itu akan menyaksikan pengurangan 80,000 kereta sehari atau penurunan kira-kira 11 peratus.

Lebih 700,000 kenderaan memasuki daerah pusat perniagaan Manhattan setiap hari, memperlahankan trafik kepada sekitar 11kmj secara purata. Ia adalah 23 peratus lebih perlahan daripada 2010.

Bandar itu menganggarkan caj kesesakan akan membawa masuk AS$500 juta pada tahun pertamanya.

Gabenor New York, Kathy Hochul berkata wang itu akan menyokong pembiayaan hutang AS$15 bilion untuk pelaburan dalam kereta api bawah tanah, bas dan penambahbaikan transit massa yang lain. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here