Peserta demonstrasi di Seoul, Korea Selatan memegang poster Presiden Yoon Suk yeol Foto AFP

SEOUL – Para penyiasat antirasuah Korea Selatan hari ini sedang menunggu untuk mendapatkan waran tangkap baharu untuk Presiden Yoon Suk Yeol yang gagal dalam melaksanakan undang-undang tentera hingga menyebabkan negara ini bergolak.

Suk Yeol telah menolak untuk disoal siasat sebanyak tiga kali berhubung dekri undang-undang tentera yang diumumkan pada bulan Disember, kerana bersembunyi di kediamannya yang dikawal ketat oleh ratusan pengawal yang menghalang penangkapannya.

Kemungkinan waran baharu akan diberikan oleh mahkamah sama yang mengeluarkan perintah pertama, yang tamat tempoh selepas tujuh hari.

Namun penyiasat enggan mendedahkan tempoh waran baharu.

“Ibu Pejabat Siasatan Bersama hari ini memfailkan semula waran dengan Mahkamah Daerah Barat Seoul untuk melanjutkan waran tangkap terhadap defendan Yoon.

“Butiran mengenai tempoh sah tidak boleh didedahkan,” kata Pejabat Siasatan Rasuah (CIO) dalam satu kenyataan.

Setakat ini tiada kenyataan oleh penyiasat atau Mahkamah Seoul mengenai waran baharu yang diluluskan pada pagi 7 Januari.

Terdahulu, Timbalan Pengarah CIO Lee Jae-seung memberitahu media kemungkinan mahkamah tidak akan memberikan lanjutan waran adalah “sangat rendah”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here