Perodua Axia serba baharu yang diperkenalkan pada 14 Februari lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perodua Sales Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 16 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Perodua mencatat jualan sebanyak 358,102 unit kenderaan bagi tahun 2024, pendaftaran tertinggi dengan peningkatan sebanyak 8.4% mengatasi pencapaian pada tahun 2023 iaitu 330,325 unit kenderaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad\, Perodua berkata, syarikat itu mengeluarkan 368,100 kenderaan pada 2024, juga jumlah pengeluaran tertinggi sepanjang 30 tahun operasi jualannya, dengan peningkatan sebanyak 7.2 % daripada 343,400 yang dicatatkan pada 2023.

“Kami telah mengatasi kapasiti asal sebanyak 320,000 unit dan ia menunjukkan penyelarasan yang telah dilaksanakan secara dinamik dalam memenuhi objektif bersama.

“Pencapaian ini menunjukkan potensi sebenar dan menjadi penanda aras bagi industri untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Susulan pencapaian ini, Zainal Abidin menjangka Perodua menyumbang 44 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) akan melebihi 814,000 unit kenderaan bagi tahun 2024.

“Berdasarkan peratusan itu, kami menjangka Perodua akan menjadi pemacu utama pertumbuhan tahun lalu,” tambah beliau.

Bagi asas suku ke suku tahun, pendaftaran kenderaan Perodua adalah sebanyak 97,741 unit antara Oktober ke Disember 2024, peningkatan sebanyak 0.7% daripada
97,098 unit yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2023.

Sementara itu, bagi bulan Disember 2024, Perodua mencatat jualan sebanyak 32,202 unit iaitu peningkatan sebanyak 3.2% berbanding 31,210 unit pada Disember
2023.

Bagi aspek selepas jualan, Perodua menyaksikan peningkatan sebanyak 9.7% untuk jumlah kereta yang diselenggara kepada 3.4 juta berbanding 3.1 juta pada
2023.

“Kami percaya tahun 2025 akan memberikan peluang dan cabaran baharu buat kami, termasuklah persaingan yang semakin meningkat daripada jenama automotif
baharu dalam pasaran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here