Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kalangan pemimpin itu juga berperanan dalam mengerakkan prakarsa atau usaha berkaitan pembangunan ekonomi golongan bumiputera.

Foto X Perdana Menteri

Beliau menegaskan perkara itu menerusi hantaran di laman X hari ini selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2025.

Perdana Menteri berkata pada mesyuarat itu, MEB telah membincangkan kertas-kertas berkaitan pemerkasaan syarikat bumiputera dalam pemerolehan kerajaan melalui Program mySTI dan hala tuju pelaksanaan Wakaf MARA MADANI.

“Sebagai platform tertinggi yang mengangkat agenda bumiputera sebagai agenda nasional, MEB berperanan sebagai platform utama dalam memastikan segala perancangan yang direncanakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dapat dipantau keberkesanan pelaksanaannya,” kata beliau.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here