OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Parti Liberal.
Berucap di luar rumahnya di Rideau Cottage, Trudeau bagaimanapun berkata, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga penggantinya dipilih.
“Saya berhasrat untuk meletakkan jawatan sebagai pemimpin parti dan sebagai perdana menteri selepas parti memilih pemimpin seterusnya melalui proses persaingan yang mantap di seluruh negara.
“Malam tadi, saya meminta presiden Parti Liberal untuk memulakan proses itu.
“Kanada berhak mendapat pilihan pemimpin sebenar dalam pilihan raya akan dating dan jelas jika saya terpaksa melawan pertempuran dalaman, saya tidak boleh menjadi pilihan terbaik dalam pilihan raya itu,” kata Trudeau.
Perdana Menteri Kanada itu berkata, Gabenor Jeneral Mary Simon telah meluluskan permintaannya untuk menggantung Parlimen sehingga 24 Mac.
“Tiada apa-apa yang berubah,” kata Pemimpin Konservatif Persekutuan Pierre Poilievre di media sosialnya, mempersoalkan apa yang telah berubah dengan pengumuman Trudeau.
“Setiap ahli parlimen Liberal dan pesaing menyokong semua yang Trudeau lakukan selama sembilan tahun, dan kini mereka mahu menipu pengundi dengan menukar wajah Liberal yang lain untuk terus menipu penduduk Kanada selama empat tahun lagi,” kata Poilievre yang juga ketua pembangkang. – Agensi