Logo PUSPAKOM ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Puspakom seksyen 28, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 2 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR- PUSPAKOM mengesahkan enam pemeriksa kenderaan syarikat itu ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah cawangannya, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, penahanan itu berikutan keterangan yang diberi oleh salah seorang ejen yang disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Tegasnya, PUSPAKOM memandang serius perkara itu dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang salah laku dalam organisasi tersebut, terutamanya yang membabitkan integriti operasi pemeriksaan kenderaan oleh syarikat itu.

“Seperti yang sudah berkali saya tegaskan, PUSPAKOM tidak akan berkompromi terhadap sebarang jenayah rasuah.

“Sekiranya terdapat bukti kesalahan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangan yang terlibat dalam kegiatan seperti ini, termasuk mereka yang bersekongkol dengan sindiket dan menjalankan aktiviti meluluskan pemeriksaan kenderaan secara tidak sah”, katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut laporan media, kesemua mereka yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM dan akan melaporkan diri ke SPRM pada 3 Februari, 2025.

Bagaimanapun, PUSPAKOM mengesahkan bahawa keenam-enam kakitangan yang ditahan ini sudah digantung daripada tugas secara serta-merta agar siasatan SPRM dapat dijalankan dengan telus dan lancar.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/01/02/puspakom-puas-hati-dengan-keterangan-dua-kakitangan/

https://malaysiagazette.com/2025/01/07/rasuah-pemeriksaan-kenderaan-berat-sprm-tahan-8-individu/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here