Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hadir pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Foto MUHAIMIN MARWAN, 08 JANUARI 2025.

PUTRAJAYA – Usaha pihak media untuk mendapatkan ulasan berkaitan titah adendum terus menemui jalan buntu selepas Peguam Negara yang baharu, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar enggan memberikan sebarang komen berkaitan kesahihan perintah yang didakwa diberikan kepada Datuk Seri Najib  Razak.

Malah bekas Peguam Negara yang kini hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh turut ‘membisu’ ketika dihampiri wakil media untuk mendapatkan pengesahan kewujudan titah berkenaan.

“Tiada komen, tiada komen,” ujar Mohd. Dusuki ketika dihampiri sekumpulan wartawan selepas selesai majlis pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sebahagian Hakim-hakim ketika majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 8 JANUARI 2025

Sementara itu, Ahmad Terrirudin turut mengelak untuk menjawab soalan pihak wakil media yang mengejarnya di luar dewan persidangan sewaktu beliau bergerak meninggalkan majlis berkenaan.

Kedua-duanya menjadi tumpuan berhubung isu titah adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang membolehkan Najib yang juga bekas Perdana Menteri menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan Najib mencabar kewujudan titah adendum selepas membenarkan beliau memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Bekas Perdana Menteri memohon pengisytiharan bagi memaksa kerajaan melaksanakan perintah adendum yang dikeluarkan oleh Agong terdahulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here