Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sidang media khas Pasca Kabinet di Kementerian Komunikasi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 8 JANUARI 2025

PUTRAJAYA – Keputusan Meta Platform Ins (Meta) menamatkan perkhidmatan semakan fakta dan beralih kepada nota masyarakat (community notes) dalam platform mereka tidak memberi kesan kepada pengguna Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mengambil maklum perkara tersebut dan setakat ini hanya pengguna di Amerika Syarikat sahaja yang terjejas.

“Setakat ini saya tidak melihat ia mendatangkan apa-apa kesan pada pengguna di Malaysia tapi lebih kepada pengguna di  Amerika Syarikat.

“Konsep community notes ini adalah konsep crowd source tapi kita lihat ada pro dan kontranya. Setakat ini, pihak Meta belum ada sebarang makluman insyaAllah kita akan berhubung dengan Meta bagi mendapatkan maklumat tambahan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan memaklumkan, META dijangka menerima lesen untuk beroperasi di negara ini dalam tempoh terdekat.

Katanya, syarikat pengendali Facebook, Instagram dan WhatsApp sudah menghantar beberapa dokumen diperlukan untuk pengesahan seperti ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Setakat jam 5 petang semalam, WeChat, TikTok dan Telegram sudah mendapat lesen (untuk beroperasi di Malaysia) manakala META tidak lama lagi dan saya jangka proses terbabit berjalan dengan tertib serta lancar.

“Lagi dua (platform) iaitu Google yang mengusahakan YouTube dan  X masih dalam perbincangan dengan pihak MCMC,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here