Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hadir pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim (kiri) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Foto MUHAIMIN MARWAN, 08 JANUARI 2025.

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebentar tadi berarak masuk ke majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut berarak memasuki dewan persidangan ialah hakim-hakim tertinggi termasuk Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Selain itu, Pengarah-Pengarah Mahkamah Negeri diikuti hakim-hakim Mahkamah Tinggi juga berarak masuk pada majlis yang bermula pukul 10.20 pagi.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat (dua kiri) bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Foto MUHAIMIN MARWAN, 08 JANUARI 2025.

Majlis anjuran Badan Kehakiman Malaysia itu turut dihadiri delegasi Jabatan Peguam Negara (AGC) diketuai Peguam Negara, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar serta pegawai-pegawai kanannya.

Perarakan turut melibatkan wakil dari Badan Peguam Malaysia.

Aturcara majlis kemudian diteruskan dengan ucapan Presiden Majlis Peguam, Mohamad Ezri Abdul Wahab. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here