Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC)

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd. dengan nombor lesen 2992 berkuat kuasa mulai 6 Januari 2025.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata, tindakan itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

“MOTAC memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan pendek di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast