Seorang remaja perempuan dikenali Nurkhairah Hawabillah Abdul Latif berusia 15 tahun dilaporkan hilang pada 5 Januari lalu.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Sungai Pelek, Sepang, Ahad lalu telah ditemukan dalam keadaan selamat di Melaka.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, remaja dikenali sebagai Nurkhairah Hawabillah Abdul Latif telah dijumpai oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis daerah Sepang sekitar jam 6 pagi tadi.

“Nurkhairah Hawabillah telah ditemui di rumah kawannya di Melaka dan dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

“Remaja berusia 15 tahun itu telah diserahkan kepada ibu bapanya dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang awam mendapat maklumat daripada kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang mengenai kehilangan remaja tersebut.

Berikutan itu, pihak polis mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama dan maklumat yang disalurkan sehingga remaja itu dijumpai semula.

“Polis menasihatkan ibu bapa supaya mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan ini kerana pengaruh kawan atau rakan sebaya adalah sangat kuat.

“Ada juga remaja yang bersifat ingin membalas dendam dengan apa yang dilalui, mungkin juga cara ibu bapa menegur anak remaja terlalu keras dan mereka tidak boleh terima teguran seumpama itu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here