Gambar hiasan.

TAMPIN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu berkeliaran di Kilometer 43 Jalan Tampin Gemas, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, mangsa warga Indonesia berusia 26 tahun itu merupakan tukang masak di sebuah kedai makan di Sungai Kelamah dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

“Tiba di lokasi kejadian, mangsa terlanggar seekor lembu yang berada ditengah jalan, lalu hilang kawalan dan terbabas jatuh di atas jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa berada di bahagian Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here