SYDNEY – Sebuah pesawat laut kecil yang membawa pelancong Eropah terjunam di Pulau Rottnest dekat barat Australia dan mengorbankan tiga orang penumpang.
Manakala empat lagi selamat.
Mereka yang terkorban ialah seorang wanita dari Switzerland dan seorang lelaki warga Denmark serta juruterbang tempatan berusia 34 tahun.
Seorang lelaki Switzerland berusia 63 tahun telah diselamatkan bersama seorang wanita Denmark berusia 58 tahun dan pasangan Australia berusia 60-an.
Perdana Menteri Australia, Roger Cook berkata, pesawat berkenaan terhempas beberapa saat sejurus berlepas.
“Tragedi itu berlaku di hadapan ramai pelancong, termasuk keluarga dengan kanak-kanak yang berada di pulau Ketika menikmati percutian musim panas,” katanya.
Terdapat laporan yang mendakwa pesawat telah melanggar batu yang timbul di permukaan laut ketika ia sedang berlepas.
“Laporan awal itu tidak disahkan. Pada peringkat awal ini, apa yang menyebabkan nahas masih tidak diketahui,” kata Cook.
Terletak kira-kira 30km ke barat ibu negeri Perth, Pulau Rottnest ialah salah satu destinasi pelancongan utama Australia Barat. – Agensi