KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$116.2 bilion pada 31 Disember 2024 berbanding AS$118.1 bilion pada 13 Disember 2024.
Bank Negara Malaysia berkata, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan,1 dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette