Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah. Foto: BAM

KUALA LUMPUR – Tujuh lagi wakil negara ditunjukkan jalan keluar awal di pusingan pertama di pusingan ke 32 dalam Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena  semalam.

Antara tersungkur adalah beregu lelaki dan wanita nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Pearly Tan-M. Thinaah selainGo Pei Kee-Teoh Mei Xing (beregu wanita), Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien (beregu campuran).

Sementara itu, Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu memulakan permainan dengan langkah kanan dengan kemenangan 21-19 dalam tempoh 20 minit.

Biarpun baru digandingkan namun Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Ramadhanti bangkit tiba-tiba mengatasi rintangan wakil tuan rumah dengan mengikat set kedua 21-14 menuju aksi penentuan.

Akhirnya gandingan di ranking keenam dunia terpaksa akur apabila tersingkir selepas tewas kepada wakil Indonesia menerusi kekalahan rubber set 21-19, 14-21, 13-21.

Dalam pada itu, harapan beregu lelaki profesional negara Sze Fei-Nur Izzuddin untuk memulakan saingan kejohanan pembukai tirai musim ini dengan langkah kanan tidak kesampaian apabila kalah pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2025.

Pasangan nombor tiga dunia itu mengalami kekalahan mengejut kepada gandingan ranking ke-26 dunia dari Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, dengan keputusan 15-21, 21-9, 18-21 dalam masa 52 minit dalam pertemuan pertama mereka. – MalaysiaGazette

Goh Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin Rumsani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here