GAZA – Tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap beberapa keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, yang mengakibatkan 70 orang awam terbunuh dan 104 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), angka kematian sejak permulaan tindakan agresif Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita. Kira-kira 109,378 orang lagi cedera.

Ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya, kerana ambulans dan pasukan pertahanan awam menghadapi kesukaran untuk melakukan misi menyelamat disebabkan serangan Israel yang berterusan, runtuhan yang banyak, serta kekurangan bahan api dan peralatan berat.- BERNAMA-WAFA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here