Isu penipuan perkhidmatan badal haji menjadi isu yang perlu dititikberatkan kerana terdapat lambakan iklan upah badal haji oleh syarikat mahupun individu yang boleh dilihat di media sosial atau banner iklan yang ditampal atau digantung di pagar-pagar masjid dan surau sepanjang tahun.