Rozita Che Wan

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan berkongsi maklumat beliau selesai membayar cukai RM50,000 dipercayai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Bagaimanapun, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta itu tidak memaklumkan lebih lanjut tentang perincian pembayaran cukai taksiran tersebut.

“Selesai sudah baki bayaran tahun lepas. Bayar cukai ini memang sampai mati. #LHDN,” tulisnya dalam InstaStory.

Sebelum ini, media pernah melaporkan tentang notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam ke atas Che Ta akibat kegagalan menjelaskan cukai LHDN.

Bagaimanapun, pelakon drama Kisah Pekasam itu tidak tahu-menahu mengenai penyebaran notis tersebut selain menegaskan tiada masalah dengan LHDN kerana konsisten melakukan bayaran setiap bulan melalui ejen yang dilantik.

Selain LHDN, Che Ta juga terpalit isu pinjaman hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipercayai dibuat pada 2017.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Susulan itu, bahagian undang-undang MARA dilapor dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman.

Pada 24 Disember lalu, acara lelongan awam membabitkan 34 barangan milik Rozita dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012.46 sepatutnya diadakan, namun ditangguh atas permohonan isteri kepada pelakon, Zain Saidin.

Pada 29 Disember lalu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan pelakon sensasi itu telah membayar sebahagian daripada hutang pinjaman agensi sebanyak sejumlah RM550,000.

Beliau bayaran tersebut dmenyebabkan tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Rozita ditangguhkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here