SYDNEY – Seorang pendaki yang hilang selama hampir dua minggu di New South Wales, Australia telah ditemui hidup.
Pelajar perubatan, Hadi Nazari, 23, hilang pada Boxing Day selepas dia berkeliaran untuk mengambil gambar semasa mendaki bersama rakan-rakannya di Taman Negara Kosciuszko di wilayah Snowy Mountains.
Nazari ditemui berhampiran Tasik Biru, kira-kira 10 kilometer dari tapak perkhemahan tempat dia sepatutnya bertemu rakan-rakannya pada 26 Disember lalu.
Serentak itu, operasi mencari dan mengesannya dilakukan secara besar-besaran yang turut disertai rakan dan keluarganya.
Dia ditemui oleh pendaki lain sekitar 3.15 petang waktu tempatan (04:15 GMT) pada hari Rabu.
Nazari telah memanggil pendaki tersebut dan memberitahu mereka dia telah tersesat di dalam hutan dan dahaga”, kata Superintendan Andrew Spliet.
Pendaki itu menghubungi perkhidmatan kecemasan dan Nazari dibawa ke pos pencarian dengan helikopter.
Dia kemudian diperiksa oleh paramedik di tempat kejadian dan dihantar ke hospital.
Spliet berkata, Nazari didapati dalam keadaan sihat, boleh bercakap dan tidak mengalami kecederaan yang ketara.
Nazari berkata, sepanjang tempoh tersesat, dia hanya makan dua bar muesli yang ditemui di sebuah pondok di pergunungan, selain minum air dari anak sungai dan beri liar.
Encik Nazari ditemui berhampiran Tasik Biru, kira-kira 10km (6 batu) dari tapak perkhemahan di mana dia sepatutnya bertemu rakan-rakannya pada 26 Disember. – Agensi