KUALA LUMPUR – Polis telah menahan seorang jurufoto yang disyaki menyerang dua pereka fesyen sehingga cedera di sebuh hotel di Petaling Jaya semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, polis telah menahan suspek di tempat kejadian.
Polis turut merampas sebuah kamera yang digunakan sebagai senjata dalam kejadian yang dikatakan berpunca daripada isu peribadi.
Kedua-dua mangsa lelaki berusia 53 dan 47 tahun manakala suspek berusia 30-an.
“Satu kertas siasatan telah dibuka di Bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek telah ditahan reman selama dua hari sehingga esok dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan.
Difahamkan kedua-dua mangsa berusia mengalami kecederaan di bahagian pipi dan suspek akan didakwa esok. – MalaysiaGazette