Zambry (tengah) sebelum merasmikan Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 di Dewan Sultan Iskandar UTM, Skudai, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggariskan tujuh fokus utama hala tuju pendidikan 2025 selari dengan Pelan Pendidikan Tinggi 2025-2035.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, lima daripada tujuh fokus utama adalah lanjutan fokus pada tahun lalu.

“KPT menggariskan tujuh fokus utama iaitu lanjutan daripada tahun lalu sebanyak lima fokus dan kali ini kita tambah lagi dua kerana kita menyasarkan fokus yang diberikan tahun lalu perlukan satu kesinambungan.

“Lima fokus tahun lalu ialah Penyediaan Bakat Terbaik Negara, Kewibawaan Akademia dan Warga Kampus, Pemindahan dan Perkongsian Ilmu, Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi serta Governan dan Kepemimpinan.

“Sementara penambahan dua fokus baharu ialah Kemampanan Kewangan IPT dan Infrastruktur, Digital Dan Kesejahteraan Kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perutusan KPT Tahun Baharu 2025 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UTM, Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim.

Sementara itu, Zambry berkata, 10 agenda transformasi pendidikan tinggi yang menjadi tunjang utama ialah kaji semula kenaikan pangkat KPT, kenaikan pangkat ahli akademik di IPT, kebebasan bersuara di universiti (Akta 605), mengkaji semula akta institusi pengajian tinggi swasta (Akta 555) dan pindaan Akta 550 bagi politeknik dan kolej komuniti.

Tambahnya, lima yang lain ialah mewujudkan unit RDICE di setiap IPT, mengkaji beban kerja ahli akademik, mengkali IPT letak dibawah kerajaan negeri, struktur semula pejabat Education Malaysia (EM) dan pemusatan kemasukan antarabangsa.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here