Anggota polis membawa keluar mayat lelaki yang ditemui di Sungai Damansara, berhampiran bangunan Xin Hua Warehouse, Seksyen 22, Shah Alam, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan penemuan mayat seorang lelaki  yang terapung sekitar jam 11.14 pagi semalam di Sungai Damansara, berhampiran bangunan Xin Hua Warehouse, Seksyen 22, Shah Alam, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Polis Mohd Iqbal Ibrahim, identiti lelaki tersebut belum dapat dikenalpasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ketika pemeriksaan dibuat.

“Mangsa juga tidak mempunyai tanda suntikan BCG pada bahu kiri, ciri yang biasanya terdapat pada kebanyakan individu tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, lelaki itu dijumpai dalam keadaan tertiarap, memakai baju-T merah hitam berlengan pendek dan seluar panjang berwarna gelap.

“Siasatan awal ke atas tubuh mangsa juga tidak menemui sebarang tanda pergelutan atau kecederaan yang boleh menyebabkan kematian.

“Mayat telahpun dihantar ke Hospital Shah ALam dan proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kejadian telah dijalankan jam 10.00 pagi tadi,” tambahnya.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai identiti mangsa atau kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Mohamad Amzar bin Mohamad Shuffie, di talian 013-6666657. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here