Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bercakap kepada media selepas program Engagement Session with Tourism Industry Players (Central Region) anjuran Tourism Malaysia di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 9 JANUARI 2025.

PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengaku tidak berpuas hati dengan  video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Memandangkan ia belum dimuktamadkan lagi, beliau mengarahkan supaya video promosi yang dalam proses diselesaikan dibuat semula.

Jelas beliau, video promosi itu sepatutnya dibuat mengikut zon dan tempat-tempat menarik di setiap negeri.

“Tadi saya sudah tengok (video promosi itu) pasal ia ada lompat-lompat, sekejap Pahang, sekejap Perak, sekejap Selangor, sekejap Sabah, sekejap balik lagi Pahang. Lompat sini, lompat sana. Kalau Pahang terus promosi Pahang. Jangan lompat sini, lompat sana wah.

“Kalau kita buat sebegitu, nanti pelancong-pelancong di luar negara keliru Jadi, kita mahu promosi  itu serius,” katanya ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Wilayah Tengah 2025.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan, video montaj berdurasi 41 saat yang mencetuskan kontroversi sejak semalam bukan rasmi yang akan digunakan untuk tujuan promosi kelak.

“Baru-baru ini, kita cuma rasmi logo sahaja,  (rasmi) video promosi Tahun Melawat Malaysia, itu tidak boleh dijadikan untuk tujuan itu (promosi TMM),” katanya lagi.

Sejak semalam, video montaj TMM 2026 menerima kritikan termasuk pemimpin pembangkang yang menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menarik balik video berkenaan kerana didakwa cuai berikutan tiada elemen masjid dipaparkan sedangkan terdapat paparan rumah ibadat seperti gereja dan kuil.

Mengulas lanjut, King Sing mengingatkan semua pihak tidak membangkitkan isu perkauman, keagamaan dan mempolitikkan susulan video montaj tersebut.

“Jangan politikkan semua perkara. Ia akan mengelirukan dan beri tekanan kepada masyarakat kita. Jangan buat begitu, sama ada media atau daripada sosial media ataupun mana-mana (pihak),” tambah beliau. – MalaysiaGazette

Elemen seni bina masjid dalam video terperinci – MOTAC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here